Kamus Kecil
Kamus kecil ini saya labelkan sebagai LEKSIKOGRAFI.
Untuk permulaan, saya akan perkenalkan istilah-istilah yang digunakan dalam blog ini:
- Leksikografi : Cara atau seni menulis kamus atau perbendaharaan kata. [GMK : Hashim Awang, 1987].
- Leksikologi juga merupakan kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. [KD]
- Leksikografi pula merujuk kepada proses atau profesion menyusun kamus/perkamusan.
- Leksikal ialah istilah linguistik berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa.
Oleh itu, saya namakan kategori ini sebagai leksikografi kerana ia memuatkan istilah-istilah sastera yang masih digunakan ataupun sudah tidak digunakan lagi.
*GMK : Glosari Mini Kesusasteraan, oleh Hashim Awang, Penerbitan Fajar Bakti, 1987.
*KD : Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP, 1998.