Itulah Sayang - P.Ramlee dan Normadiah

ITULAH SAYANG

nyanyian P. Ramlee & Normadiah

pramlee.jpg normadiah.jpg

 

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

* dari filem Anakku Sazali

Sign Up Advertlets

2 Responses to “Itulah Sayang - P.Ramlee dan Normadiah”

  1. M1N4M1 Says:

    sayang memang sayang..kalu disepak melayang jugak

  2. alterego Says:

    hehehe…itu satu fakta atau luahan jiwa-rasa? alahai….sayang anak tangan-tangankan…sayang bini sepak-sepakkan….

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image