Lesung Batu

lesung-batu1.jpg

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan.

Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata.

Lesung batu diperbuat daripada batu tunggal (monolith). Ia digunakan untuk menumbuk atau menghancurkan bahan dalam kuantiti yang sedikit seperti cili, rempah, kacang, kerisik dan bahan tumis yang lain.Nama lain bagi lesung ialah lumpang.

  • Lesung batu : lesung yang diperbuat daripada batu tunggal (monolith)
  • Lesung hindik : Lesung yang menggunakan tenaga kaki untuk menggerakkannya. Ia diperbuat daripada kayu.

lesung-hindik.jpg lesung-hindik-1.jpg

 

  • Lesung kisaran : Sejenis perkakas untuk mengisar padi.

batu-kisar4.JPG

Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar. Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran. Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.

Sebelum dikisar, bahan yang hendak dikisar perlulah dibasuh bersih dan direndam semalaman untuk melembutkannya dan memudahkan untuk dikisar. Bahan yang hendak dikisar hendaklah diletakkan sesudu demi sesudu kedalam lubang yang terdapat pada anak kisar. Masukkan juga 2-3 sudu air untuk memudahkan kisaran. Jika tidak, hasil kisaran akan menjadi kasar dan kuih yang akan dihasilkan agak tidak cantik. Bahagian muncung yang terdapat pada ibu kisar hendaklah ditadah dengan besen. Ini kerana hasil kisaran akan keluar melalui muncung yang terdapat pada ibu kisar. Proses ini dilakukan sehingga selesai. Hasil kisaran seterusnya bolehlah digunakan untuk membuat kuih kacau seperti kuih lompat tikam, cendol dan lain-lain. Jika ingin membuat kuih seperti puteri mandi dan onde-onde buah melaka, hasil kisaran tadi hendaklah ditapis menggunakan kain. Ini bertujuan untuk membuang air yang terdapat dalam hasil kisaran.

  • Lesung pengemping :Lesung untuk menumbuk emping dengan menggunakan tenaga tangan.

lesung-kayu_menumbuk1.jpg

Lesung tangan diperbuat daripada kayu. Ia terdiri dari dua peralatan yang berbeza iaitu lesung yang ditengah-tengahnya lompang dan mempunyai penumbuk yang diperbuat daripada kayu dikenali sebagai antan atau alu. Alu ialah sebatang kayu bulat berukuran garis pusat kira-kira 8-10 sentimeter dengan ketinggian lebih kurang 150 sentimeter. Dibahagian tengahnya iaitu tempat memegang berukuran 6 sentimeter. Lesung ini biasanya digunakan untuk menumbuk padi dijadikan beras, beras untuk dijadikan tepung, padi pulut dan buah belinjau untuk dijadikan emping dan juga menbuat gula pasir untuk dijadikan gula halus. Ianya boleh ditumbuk secara bersendirian, berdua atau bertiga.

Terdiri dari dua komponen yang dibuat dari logam berbentuk silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga kepangkalnya ibu gobek. Dibahagian hujungnya disumbatkan dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang tersebut.

Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang lebih kecil terdiri dari besi padu dan dibahagian hujungnya seperti mata kapak serta mempunyai hulu dibahagian pangkalnya.

g.gobek.1-2.jpg (38041 bytes)Gobek

Pada sesetengah gobek ianya diukir dengan berbagai corak yang menarik sesuai mengikut kebudayaan bangsa tersebut, samada dibahagian ibu atau hulu anak.

Ia berperanan seperti antan dan lesung. Seulas piak sirih akan disumbatkan kedalamnya dan ditujah-tujah sehingga lumat, setelah selesai, kayu dibahagian hujungnya akan ditolak dengan anak kepangkal membolehkan piak yang lumat keluar dan sedia untuk dimakan.

Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih.

Menumbuk bahan makanan menggunakan lesung batu menghasilkan rasa yang berbeza dan asli daripada menggunakan pengisar eletrik. Namun, kekangan masa membuatkan generasi muda sekarang mengambil langkat mudah dan menjimatkan masa dengan menggunakan pengisar letrik.

Rujukan :

5 Responses to “Lesung Batu”

  1. M1N4M1 Says:

    untuk masa2 yg terdesak batu yg menumbuk itu sesuai digunakan utk menggantikan hammer apabila nak mengetuk paku kat dinding..

  2. alterego Says:

    yup…saya emmang nak masukkan fakta tentang ‘kegunaan sampingan’ lesung tu…tapi takut disalah erti oleh pembaca.

  3. abd mutalib Says:

    Saya lihat… gobek pinang yang dipamerkan hampir menyerupai GOBEK API yang saya miliki….. cuma.. kalau sesiapa yang ingin mengetahui lebih jelas tentang kegunaan gobek api pada zaman era jepun boleh email kpd saya… saya mempunyai 3 unit gobek api,(gobek api yang telah dibingkaikan,gobek api tanduk kerbau dan gobek api hiasan meja.. saya dah tak berminat untuk menyimpannya…. sesiapa yang mempunyai galeri.. untuk dipamerkan boleh SMS saya…. 019-5068860 (4pm-10pm)

  4. dnurulain Says:

    ada ke kilang khas yang membuat segala jenis lesung pada zaman sekarang ini?

  5. abd mutalib Says:

    Saya masih lagi menyimpan gobek api yang menggunakan abuk dudur untuk menyalakannya. dari tarikh saya offer pada sesiapa yang ada galeri.. blm sapapun sudi ambik…. lepas 3 bulan ni saya mungkin akan lelongkannya di laman e-bay untuk dana pendidikan kampung saya. kalau nak maklumat lanjut atau apa saja email saya. planetjeneri@gmail.com ataupun hubungi 019-5068860.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image