Mohon Kasih
Posted in lagu klasik on October 1st, 2007 by bayanSiti Nurhaliza - Mohon Kasih
Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa
Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan
Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja
Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman
dengar lagu klik SINI
* Lagu berentak zapin ini pada asalnya dinyanyikan oleh Ahmad Jais (perkataan kumbang tukar kepada bunga).
Zaman dahulu, sistem perhubungan amat terhad. Bahasa dan sastera pula menjadi asas utama dalam berkomunikasi. Anak gadis diajar untuk berkelakuan seperti gadis - pemalu, sopan, cakap berlapik dan sebagainya.
Lagu di atas lebih kepada hasrat si gadis yang ingin berkenalan dengan seorang pemuda (kumbang). Hati yang sudah berkenan dan membawa kepada rasa cinta yang baru berputik membuatkan si gadis ‘gila bayang’ dan merana akibat si teruna yang masih tidak menyedari kehadirannya.
Pantang larang dalam masyarakat iaitu ‘perigi mencari timba’ membuatkan si gadis hanya mampu merindu dan merayu dalam hati serta bermohon agar si teruna mendengar rasa hatinya itu.