Pantun Kanak-Kanak : Teka Teki
Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa ekor di kepala? → gajah
Â
Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa bertanduk di kaki. → ayam jantan
Â
Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut. → nyamuk
Â
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka. → ikan pari
Â
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan. → belon
Â
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu. → sotong
Â
Bukan kerang atau siput,
berkaki bertangan bukannya kompot,
Terkelip-kelip duduk terseliput,
Merayap sepanjang di paya di rumput. → ?
Â
Berdengung bukannya kumbang,
Berbelalai bukannya gajah,
Kelam kabut saja terbang,
Hampir kepada kaum bernyawa. → lebah/penyengat/lalat
Â
Diukur dijangka-jangka,
Burung merak burung angkasa,
Dengar tuan saya meneka,
Layang-layang gagah perkasa. → kapal terbang
Â
Pak Pong Pak Mustafa,
Encik Dollah di rumahnya,
diadun tepung dengan kelapa,
Gula Jawa di tengahnya. → kuih melaka/ lompang
Â
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tanduk di hidung. → badak sumbu
Â
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya. → buah gajus
Â
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya si gula batu,
Kalau tuan orang yang pandai,
Apa binatang tulangnya satu. → sotong
Â
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu? → mayat/jenazah
Â
Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah. → cili api/lada besar
Â
Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati? → gasing
Â
Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai? → buah melaka, buah hati
Â
Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya? → kilat di langit
Â
Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu? → jarum
Â
Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang? → tali pinggang
Â
Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia. → belimbing
Â
Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi? → tangga
Â
Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam? → kelambu  Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara? → gergaji  Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk? → padi  Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala? → ketam  Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun? → api
Â
Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar di dalam tebing di luar? → gigi  Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun? → umur  Buah cermai di dalam lubang, tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Bila digesel berapi-api? → mancis  Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun-temurun, Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun? → payung  Mari kita makan ke kebun, Bawa guni isikan padi, Mari kita berlawan pantun, Bawa menyanyi menyukakan hati.  Sorong papan tarik papan, Papan kemudi dalam perahu, Suruh makan saya makan, Suruh menyanyi saya tak tahu.  Tanam ubi tanam keledek, Keladi birah di tepi tangga, Kita menyanyi adik beradik, Kalau salah tidak mengapa.  Gugur, bacang gugur! Jangan timpa putik pauh, Tidur bujang tidur, Jangan ingat adik yang jauh.  Basah padi ladang. Basah dalam air, Susah hati abang, Adik hilang balik tabir.  Ikan siakap ikan senohong, Ikan gelama ikan duri, Kalau orang bercakap bohong, Lama-lama dia mencuri.  dipetik : Puisi Melayu Tradisi
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam? → kelambu  Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara? → gergaji  Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk? → padi  Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala? → ketam  Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar di dalam tebing di luar? → gigi  Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun? → umur  Buah cermai di dalam lubang, tepung digaul minyak sapi, Anaknya ramai ibunya seorang, Bila digesel berapi-api? → mancis  Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun-temurun, Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun? → payung  Mari kita makan ke kebun, Bawa guni isikan padi, Mari kita berlawan pantun, Bawa menyanyi menyukakan hati.  Sorong papan tarik papan, Papan kemudi dalam perahu, Suruh makan saya makan, Suruh menyanyi saya tak tahu.  Tanam ubi tanam keledek, Keladi birah di tepi tangga, Kita menyanyi adik beradik, Kalau salah tidak mengapa.  Gugur, bacang gugur! Jangan timpa putik pauh, Tidur bujang tidur, Jangan ingat adik yang jauh.  Basah padi ladang. Basah dalam air, Susah hati abang, Adik hilang balik tabir.  Ikan siakap ikan senohong, Ikan gelama ikan duri, Kalau orang bercakap bohong, Lama-lama dia mencuri.  dipetik : Puisi Melayu Tradisi
October 4th, 2007 at 11:09 am
Nice….. tapi kenapa tak letak dgn jawapannnya sekali?
October 4th, 2007 at 12:28 pm
ahan…saya dah letak jawapan..harap membantu. terima kasih kerana sudi menjenguk
March 19th, 2008 at 4:17 pm
Wow…..Nice dude…..
Mana kau dapat pantun teka-teki ni ?
Tambah la lagi pantun teke-teki ni….
BB
August 24th, 2008 at 7:43 pm
terima kasih kerana masih menyimpan pantun teka-teki lama seperti ini. saya telah ‘meminjam’ beberapa teki-teki dari laman web anda ini untuk saya gunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. ternyata anak-anak murid saya menyukainya.syabas!
October 12th, 2008 at 11:21 am
Terima kasih amzarul dan harlina. Semoga bermanfaat.
November 17th, 2008 at 10:53 am
Kesemua pantun sangat menghiburkan..tahniah..
November 18th, 2008 at 9:59 am
Terima kasih zana kerana sudi menjengah blog ini
December 3rd, 2008 at 7:31 pm
anastasia ske sgt ngan pantun ni!!!
December 3rd, 2008 at 8:36 pm
anastasia, moga terhibur dan bermanfaat.
January 20th, 2009 at 9:51 am
salam,pantun sangat menarik..
tapi mane jawapan untuk pantu yang di bawah tu??
harap awk tulis lah nnti ye..
>.<
January 20th, 2009 at 4:31 pm
Goood y never have short pantun
January 20th, 2009 at 4:32 pm
hi nice web
January 21st, 2009 at 8:58 am
Hanisah : Yang bawah tu bukan pantun teka-teki. Ia hadir sebagai penutup pantun. Sekadar suka-suka atau barangkali pantun ini dituturkan secara lisan.
danial yazwan : Terima kasih, semoga bermanfaat.
February 24th, 2009 at 8:46 pm
nelayan tua mencari ikan,
dapat pula hai si ikan keli,
pantun tradisi jangan dilupakan,
pantun anda bagus sekali.
hehe!
March 5th, 2009 at 9:04 pm
Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tiada bertangkai.
hahaahahahahahahah cuba teka apa dia??????
March 13th, 2009 at 4:43 pm
Budak baek, saya jawab pantun anda;
Pantun tradisi usah dilupakan,
menjadi guru kala alpa,
Itu khazanah kita bukan?,
takkan pupus sampai bila-bila.
hahahaha…pantun tak dirancang.
[saya pengumpul pantun, bukan pencipta...]
March 13th, 2009 at 4:45 pm
Nurul amirah, apa jawapannya? Saya tak dapat fikir. Dah tua la katakan.
April 14th, 2009 at 11:18 pm
bez gler rr pantun teka teki yg wk cipta ni…..create la lg yg bez cm ni yerk…good luck….jdi pnduan utk my bro msok ptndgan pantun teka teki kanak2
April 15th, 2009 at 8:44 pm
apa 2??? pyah jua gtau ja jgn malu2 ok!!!!!
April 15th, 2009 at 9:48 pm
i love u!!forever sal ia ada manfaat bgi ku…rsa hati sangat senang ..buleh tmbah g kh? lau aku tmbah pantun buleh kh??
I LOVE YOU FOREVER!!!PANTUN NASIHAT
n thank you sal lkt menyimpan pantun 2 cmani
GITAPUJA!!!!
April 17th, 2009 at 12:18 pm
Eiqa atiqaf dan Kilah, moga bermanfaat apa yang dipaparkan ini.
May 31st, 2009 at 2:34 pm
Tahniah kerana berjaya mengadakan laman ini. Sangat berguna especially kepada kanak-kanak, supaya mereka tidak lupa kaya nya bahasa kita. Truly.
Pinjam satu rangkap untuk dimasukkan dalam ruangan kawan.
June 26th, 2009 at 4:14 pm
nae x letak jawapan die dlm pntun…dh la kene buat ujian lisan niehh…..huhu…
June 26th, 2009 at 8:29 pm
Pokodotsz, yang warna hijau itu jawapannya. Lihat dengan teliti ye.
August 5th, 2009 at 7:23 pm
It is very nice.
August 10th, 2009 at 1:44 am
Bestnya pantun awak, sy ada amik untuk bahan PnP sy, tq ea,
August 12th, 2009 at 9:48 am
Saya memang tertarik dengan pantun teka-teki yang terdapat dalam laman web ini. Saya dapat menggunakannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ! Terima kasih.
September 7th, 2009 at 10:52 am
thanx sebab memberikan pantun yg sesuai dgan folio saye….thank u very much
October 19th, 2009 at 9:34 am
wah mnariknya klau bleh jdi giler tau
October 19th, 2009 at 9:35 am
wah syoknya klau bleh nk bnyk lgi laaaaa……
October 29th, 2009 at 11:40 pm
tq..pantun teka-teki ni sangat membantu sya dalm menyiapkan soalan untuk 1 game..kurang la ckit bebanan dalam kepala memikirkan soalan berbentuk pantun seperti nie
November 9th, 2009 at 8:43 pm
wah,,bgus jugak ada web nie,thanks sbb anjrkn web nie bcau i dpt gnkan utk skola!!!!!he.he.he.lbh krng tiru laa jugak……!!>>><<