Pantun Kanak-Kanak
udah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Dulu parang sekarang besi,
Dulu sayang sekarang benci.
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.
Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Tuan tak hendak saya tak ingin.
Siakap senohong gelama ikan duri,
berckap bohong lama-lama mencuri.
Kata dulang paku serpih,
Kata orang dia yang lebih.
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
Tabtibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
Ke bilik ke dapur gulai asam pedas,
Itik bertelur ayam menetas.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Kayu lurus dalam ladang,
Kerbau kurus banyak tulang.
dipetik : Puisi Melayu Tradisi, Fajar Bakti, 1985
Tags: pantun kanak-kanak, puisi Melayu tradisional
October 25th, 2007 at 5:11 pm
lama tak dgr pantun lama ni. Terima kaseh bayan sbb post ni.
January 30th, 2008 at 9:13 pm
saya rasa senang hati mendengr pantun ini……
May 9th, 2008 at 8:47 am
Bagus nyer pantun nie!! love it!!
September 17th, 2008 at 1:04 pm
best pulak kalau di kenang pantun2 nie…dah rasa mcm zaman kanak2..apa pun thanx coz wujudkan benda ni at least ada kenangan terindah…www.khairy.blogmas.com
October 12th, 2008 at 11:15 am
Bagusnya kalau semua suka pantun lama dan meneliti maknanya. Bukan pemilihan kosa kata sahaja yang harus dititikberatkan tetapi juga nilai yang terkandung di dalamnya.
Terima kasih semua yang sudi menyukai pantun ini. Semoga bermanfaat.
October 21st, 2008 at 8:11 am
baguslah pantun ni….membantu wat kerja skolah
October 21st, 2008 at 8:15 am
wah banyak membantu kami
October 21st, 2008 at 8:26 pm
Wan6T dan thE GSP, semoga ianya bermanfaat.
October 24th, 2008 at 5:38 pm
bagus lah karna pantun ini bisa membantu saya mengejakan tugas satra saya thaks buat yang udah buat nie website
December 15th, 2008 at 2:44 pm
saye suke pantun ni.
December 15th, 2008 at 2:45 pm
hai wazzap-wazzap
December 19th, 2008 at 11:00 am
hady rambang : dan effa eriana, semoga apa yang dibaca memberi manfaat kepada kita semua.
January 14th, 2009 at 8:25 pm
best nyer pantun nih
dah lama tak dgr pantun ni
January 15th, 2009 at 2:50 pm
kalau tuan tak memberi
manakan kami dapat berkongsi
kerna ada pantun di beri
dapat ia mengubat hati
January 16th, 2009 at 2:31 pm
nurul izwani : Semoga terhibur.
ctzz : Pantun itu dijualkah?