Sajak Budi-Budaya-Tamadun
Sajak ini bukanlah bersifat klasik. tetapi nilai dan budaya yang terkandung di dalamnya berakar tunjang dari persoalan budaya dan agama yang semakin dipinggirkan oleh sesetengah manusia.
Sajak ini dideklemasikan semasa Majlis Apresiasi 50 tahun Kemerdekaan dan mendapat perhatian kerana ia dinukilkan sendiri oleh deklematornya, YB Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad, Yang Dipertua YADIM dan menjadi juara deklemasi sajak bagi kategori ketua pengarah agensi Islam.
TAPI AKU MASIH LAGI TERMANGU…..
Oleh Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad
Â
Lima puluh musim berlalu
Sedar-sedar kita telah dewasa
Telah punya tanah sendiri yang kita miliki
Tiada lagi tergadai di tangan orang
Â
Di atas tanah bertuah peninggalan nenek moyang
Kita bangunkan pencakar langit menjulang awan
Lebuhraya memendek perjalanan
Keseluruh penjuru tanah pusaka
Â
Kita bangunkan Putrajaya
Dan puluhan kotaraya
Anak-anak ke menara gading tanpa lagi merentas benua
Â
Â
Sinar ilmu menerangi perjalanan
Dan suara lantang kita
Bergema di alam buana
Â
Lalu kita bangga menjadi anak Malaysia
Â
Di mana-mana orang memuji nama Malaysia
Idola dunia ketiga
Dunia Islam menjulang harapan
Setinggi awan menanti kebangkitan kita
Malaysia gah di serata dunia
Â
Tetapi sesuatu berlaku tanpa terduga
Menara moral tersungkur
Dirempuh taufan durjana
Lebuhraya budaya terbelah diranap gempa
Musyawarah hanya pada nama
Menjadi permainan orang kaya
Digelanggang politik wang dan sogokan yang teruja
Suara rakyat yang menentu masa hadapan tanah pusaka
Diniaga di meja snooker
Â
Lima musim berlalu
Aku berpijak di tanah pusaka
Yang kaya harta, yang memiliki segala
Tapi aku masih termangu.
Â
Â
SEBIJI MUTIARA
Oleh: Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad
Â
Sebiji mutiara bernama perlembagaan
Ditatah intan berlian, dipapah para pahlawan
Terukir pada mahkota raja
Lambang kedaulatan bangsa
Â
Tersurat pada tulisan
Bahawa Islam mercu tanda Negara
Tersirat pada pengertian
Bahawa bahasa jiwa bangsa
Terlukis pada harapan
Melayu akan bangkit semula
Â
Hasil jerih pejuang bangsa
Dan pahlawan gugur dipersada
Kita ukir kebahagiaan di wajah duka
Kita bina mahligai dikota raya
Kita gelak ketawa
Berhibur sehingga leka
Â
Mutiara negara sedang dirungkai
Dan agama-agama menjadi rata
Tiada beza semuanya sama belaka
Dan hanya jalan-jalan lain ke syurga
Â
Kita tiada lagi punya bahasa
Kita tiada lagi mampu mengungkap kata
Bahawa Melayu tak kan hilang di dunia
Â
Kerana yang menentukan bukan kita
Bukan lagi akal bicara bijaksana
Tetapi harta
Â
Mutiara lambang kedaulatan bangsa
Sedang dirobek-robek wataknya
Sehingga Melayu menjadi kerdil
Di bumi pusaka
Yang bukan lagi hanya milik kita
July 31st, 2008 at 11:27 pm
hello..can i have a permission from you to use this ’sajak’? its because i’d like to present this ’sajak’ to audience due to my independence day at school..i hope you can allow me to do so..thank you
October 12th, 2008 at 11:26 am
wawa, dipersilakan. Semoga bermanfaat.
June 5th, 2009 at 11:57 pm
salam.. saya pon telah menggunak khidmat sajak anda buat kali ke2.. first ada sr recommend 2nd one esk.. sory.. tak inform awl… tp saya edit sket sajak tapi aku masih termanggu.. sbb performance first tu wt for malam indonesia - malaysia.. so takkan nk bgtau depa kekurangan kita.. untuk esk malam dinner semperna sambutan keputeraan DYMM AGong.. thanks…
June 10th, 2009 at 9:15 pm
Silakan
July 23rd, 2009 at 12:06 am
Assalamualaikum…bagus!!izinkan saya copy yer..nak htr kat cikgu..terima kasih
August 5th, 2009 at 3:51 pm
bagusnya…
boleh i copy untuk projet sajak untuk bdk bdk pra i..
August 6th, 2009 at 3:57 pm
Silakan ambil mana yang dikehendaki. Semoga bermanfaat.
October 6th, 2009 at 8:51 pm
wow, fantastic its rearly touching. i really like the poems. could i copy as my collections and will use it during Malaysia day in my school or as a presentation in any occation in my school. Hope you dont mind and i thanked for this beautiful ideas that you had in this poems.
October 20th, 2009 at 9:24 pm
trimas kpd yg meletkkn sajak niyh..
saya gunakan utk persembahan..
trimas skali lg..
October 21st, 2009 at 12:18 am
boleh sy ambik sajak ni utk psembhan minggu bahasa kt skolah sy?
November 9th, 2009 at 8:59 pm
Sangat Bagus~ sajak ini
Dan berterima kasih kepada orang yang menletakkan sajak ini di web ini .
Saya telah menggunakkan sajak ini untuk persembahan yang diadakan di sekolah saya dan membuat projek yang diberikan oleh cikgu…..~~Berterima Kasih lagi