Gantang
Gantang → merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.
Bacaan lanjut berkenaan sejarah, penggunaannya dan hal-hal yang berkaitan sila rujuk di wikipedia.
Menurut Kamus Dewan, gantang didefinisikan sebagai sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak, atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras) ; alat untuk menyukat beras.
