Assalamualaikum!
Aku tahu asal kau jadi, sepacal Nabi Muhammad asal kau jadi,
Sepacal Baginda Ali asalnya kau jadi,
Dirimu tanah lembang, turun bertudung daun golah,
Jadi dirimu pagi-pagi, Raja Sinar namanya diri,
Jadi dirimu tengah baik, Raja Paksi namanya diri,
Jadi dirimu tengah naik, Raja paksi namanya diri,
Jadi dirimu tengah turun, Raja Kilu namanya diri,
Jadi dirimu petang-petang, Kilat Senja namanya diri,
Diam kau di rimba besar, Sakat Rendang namanya kau,
Diam kau di kayu ara, Si Cakak namanya kau,
Diam kau di tunggul buta, Si Rempenai namanya kau,
Diam kau di busut jantan, Si Rimpun namanya kau,
Diam kau di gunung guntung, Si Betoto namanya kau,
Diam kau di tengah padang, Si Hampar namanya kau,
Diam kau di anak air, Si Belunca namanya kau,
Diam kau di mata air, Si Lincir namanya kau,
Janganlah engkau mungkirkan setia kepadaku!
Jikalau engkau mungkirkan,
Mati berkelentung, mati berkelentang,
Mati tergantung di awan-awan,
Ke bumi tak sampai, ke langit tak sampai,
Mati dipanah halilintar,
Mati disambar kilat senja,
Mati ditimpa malaikat yang empat puluh empat,
Mati ditimpa daulat empat penjuru alam,
Berkat daulat Kamalul-Hakim,
Berkat tawar Malikul-Rahman.
This entry was posted on Monday, December 3rd, 2007 at 11:25 am and is filed under mantera.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
9 Responses to “Mantera : Memanggil Jembalang Tanah”
Shima, selain manusia, tuhan ciptakan juga makhluk halus mendiami bumi. Ini termasuklah jin dan jembalang. Namun, kita harus dapat membezakan antara jin dan syaitan. Usah meminta bantuan dengan yang selain Allah s.w.t. Akan membawa kesesatan yang nyata.
MAntera ini digunakan oleh masarakat zaman dahulu semasa peralihan daripada anutan agama hindu kepada Islam.
mi siput, maafkan saya dan blog saya jika mantera ini disalah guna. Tetapi saya tidak fikir serpihan mantera yang saya siarkan akan diambil untuk kegunaan tertentu. Sebenarnya mantera ini panjang lagi kisahnya. Maksud saya banyak perkataan yang telah digugurkan dan disiarkan dalam bentuk pendek begini sebagai paparan kepada masyarakat mengenai kepercayaan masyarakat lama kita sebelum Islam kukuh di sini.
mentera ini tidak boleh disebarkan! takut ade remaja yang terpengaruh lalu memujanya
ianya salah! syirik! kurafat!
la ila hakl illallah muhammada rasulullah!
knpa perlu d siarkn mantera ini,biar pn ia dah di pendekkan dan di ubahsuai,namun ia mudah mempengaruhi masyarakat terutama yg cetek ilmu agama islam,,lagi pula,kta tahu zaman ini kanak2 pun tahu melayari internet..renung2kn la untk kebaikan bersama..
December 24th, 2008 at 4:44 pm
betul ker jembalang nie wujud?????
December 25th, 2008 at 5:18 pm
Shima, selain manusia, tuhan ciptakan juga makhluk halus mendiami bumi. Ini termasuklah jin dan jembalang. Namun, kita harus dapat membezakan antara jin dan syaitan. Usah meminta bantuan dengan yang selain Allah s.w.t. Akan membawa kesesatan yang nyata.
MAntera ini digunakan oleh masarakat zaman dahulu semasa peralihan daripada anutan agama hindu kepada Islam.
December 29th, 2008 at 10:17 pm
untuk apa ek mantera di atas disiar?
mcmane kalo ader yang bright spark,print out,pg puja?
December 30th, 2008 at 8:05 am
mi siput, maafkan saya dan blog saya jika mantera ini disalah guna. Tetapi saya tidak fikir serpihan mantera yang saya siarkan akan diambil untuk kegunaan tertentu. Sebenarnya mantera ini panjang lagi kisahnya. Maksud saya banyak perkataan yang telah digugurkan dan disiarkan dalam bentuk pendek begini sebagai paparan kepada masyarakat mengenai kepercayaan masyarakat lama kita sebelum Islam kukuh di sini.
December 31st, 2008 at 3:10 pm
mentera ini tidak boleh disebarkan! takut ade remaja yang terpengaruh lalu memujanya
ianya salah! syirik! kurafat!
la ila hakl illallah muhammada rasulullah!
January 1st, 2009 at 6:33 pm
Begitukah? Ini bukan penyeruan, malahan ayat mentera tersebut telah diringkaskan.
January 13th, 2009 at 4:33 pm
macam dalam citer histeria pulakk =P
January 16th, 2009 at 2:23 pm
ayuzy, saya tidak menonton cerita hantu di Malaysia.
August 15th, 2009 at 8:36 am