Pantun Budi

Tenang-tenang air di laut,
Sampan koleh mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang korek kundi,
Yang merah saga;
yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang Baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

Tags: ,

12 Responses to “Pantun Budi”

  1. gal. Says:

    bagus gak pantun tu ……………..
    aku dah letak dalam buku skrap aku tau……………
    hahahahha…………….

  2. gitapuja Says:

    gal, semoga bermanfaat. Terima kasih sudi menjenguk blog ini.

  3. Lia Neniel Says:

    :)

    Nice.
    Tpi, ade x maksud-maksud pantun budi?
    Untuk setiap rangkap?
    Kalau ade, blh bgi kat sye through my email?
    please n thank u.

  4. raziq Says:

    wow!!so smart….blh x letak lg byk pnton lg..???…huhu

  5. bayan Says:

    InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat Raziq dan yang lain-lain.

  6. deena Says:

    hye there….owkey ler 2…sye pun msok pantun gak…hehe

  7. deena Says:

    hye there….pantun nie byk ulangan ler…tak brape ssuai…leh la ubah2 ckit nnti eyk?..tp owkey ler 2…

  8. ariel Says:

    salam….. serumpun hamba tadahkan..
    pantun kurang puitis..
    rima di tengah sangat kurang memuaskan…
    markah yang dapat saya beri jika sebagai hakim 3/10…
    berikan beberapa tema yang berkaitan dengan era terkini..
    teruskan usaha anda……
    terima kasih

  9. bayan Says:

    Ariel [again] : Pantun yang terkumpul di dalam blog saya bukanlah ciptaan saya. Saya bukan pencipta pantun.

    Kesemua pantun di sini dipetik daripada buku Puisi Melayu Tradisional. Maaf, lupa meletakkan kredit kepada buku tersebut.

  10. Masturah single Says:

    waaaaaaaa………………..pantun ni sangat bagus aku, aku menang dlm mereka pantun aku ikut pantun nilah

  11. ASLIM RAFINA Says:

    pantun ni dah cukup teruk dipakai….
    cobalah mencipta pantun baru
    agar pantun tak hilang dan tetap relevan zaman ke zaman

  12. yun jisue Says:

    salam……doakn sy bjya tnding pantun kt skolah esk…huhuhu..

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image