Archive for July, 2008

Tersurat dan Tersirat

Posted in umum on July 23rd, 2008 by bayan

dsc_1639.JPG

Agak sukar membongkar pantang larang, petua dan perlakuan masyarakat silam yang penuh dengan nilai, adat, budaya dan agama. Mereka, dengan nilai sopan santun, halus budi bahasa serta menjadikan beberapa perkara sebagai taboo dalam masyarakat bukan untuk menyusahkan masarakatnya tetapi semata-mata mahu memelihara keharmonian, kesejahteraan dan memelihara adat dan budaya yang melingkari hidup mereka.

Terlebih lagi soal agama yang harus dijaga sebaiknya. Banyak perlakuan dan tutur kata mereka mengandungi maksud yang tersirat. Apa yang tersurat tidak dapat ditafsir secara hafriah. Ia perlu dikupas dengan jiwa yang bersih, minda yang murni serta akal yang bijak.

Percayalah, cara mereka yang kadangkala kita anggap kolot dan ketinggalan zaman itulah yang terlebih baik dalam memelihara keharmonian masyarakatnya. Salah satu nilai yang orang lupakan ialah nilai cincin di jari manis.

Saya pernah mengandaikan bahawa cincin di jari manis bukan apa-apa. Cincin di jari manis bukan lagi melambangkan si gadis sudah berpunya atau belum. Cincin di jari manis tidak lagi menandakan bahawa gadis itu jtidak boleh dikacau kerana dia milik orang.

Sebenarnya nilai cincin di jari manis sudah tiada. Dengan anggapan bahawa nilai kesetiaan bukan terletak di jari manis tetapi dihati. Namun, kita lupa, dengan perbuatan luaran boleh mengikat rasa dalaman. Ya, dengan perbuatan memakai cincin di jari manis menandakan kita menghargai ikatan itu. Ikatan yang tak mungkin boleh digugah dengan mudah. Kerana itu disyaratkan cincin dipakai dijari manis. Dan bukan jari yang lain-lain seperti yang saya dakwa kononnya tetap beri makna yang sama iaitu kesetiaan.

Saya silap. Tersuratnya cincin di jari manis punya makna yang tersirat. Dari sudut budaya dan adat, ia melambangkan kamu sudah berpunya dan perlu kesetiaan dan kebahagiaan untuk melihat kemanisan cincin di jari manis itu.

Tidak tersangkakan nilainya turut wujud dari aspek logik dan nilai kebesaran maha Pencipta.

Saya semakin mengerti. Membuang adat dan budaya lama yang kadangkala menjadi pantang larang dan kelaziman dalam perlakuan masarakat lama, hanya suatu perbuatan yang akhirnya membunuh nilai bangsa sendiri. Sayangilah pantang larang dan petua orang lama. Tidak rugi!

Sign Up Advertlets
Tags: , , , , ,

Pantun Kita

Posted in umum on July 21st, 2008 by bayan

dsc_1985.JPG

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun yang indah untuk makna yang tersembunyi pelbagai nilai. Pantun ini telah ditanyakan maksudnya oleh saudara Fahd Razy, seorang penyair dan penyajak yang mula menempa nama di Malaysia.

Persoalan pantun yang ringkas tetapi mengandungi maksud tersendiri di utarakan semasa saya bertanya tentang penggunaan gaya bahasa oleh penulis karya kreatif yang kadangkala tidak dapat difahami sepenuhnya oleh pembaca.

Ya, penulis dengan gaya bahasa tersendiri mencipta kelainan dan keegoan.

Apa agaknya maksud rangkap pantun di atas?

Tags: , , , ,

Teater

Posted in umum on July 2nd, 2008 by bayan

PEMENTASAN TEATER
BUKAN DEJAVU
PEMENANG PERTAMA SAYEMBARA MENGARANG (DRAMA)
SEMPENA 50 TAHUN MERDEKA


TARIKH :
9 - 13 JULAI 2008

MASA :
8.30 MALAM

TEMPAT :
AUDITORIUM DBP, JALAN DEWAN BAHASA,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
KUALA LUMPUR

Tags: ,