Air Pasang Dalam…
Ibu beri gambaran nilai kita, budaya kita. Hanya nyanyian atau amanat yang tersimpan?
Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lagu untuk mendodoikan anak-anak ini bukan sekadar selingan telinga agar si anak lena di dalam pelukan atau buaian. Ia mengandungi makna. Tersirat dan tersurat. Nilai diri, bangsa, dan juga budaya. mampukah kita mentafsirkannya?
Melihat bait-bait ayat, saya percaya, ada amanat dan nasihat untuk direnungi. Masyarakat yang rajin, masyarakat yang menjatuhkan bangsanya sendiri dan masyarakat yang berputar di bawah tempurug. Ada pendapat lain?
Tags: Amanat, bangsa, budaya, lagu kanak-kanak, puisi, tradsional

September 23rd, 2008 at 4:27 pm
[...] apa yang diluahkan selalunya mempunyai amanat. Jika main-main, jangan lupa beritahu bahawa ‘ini hanya [...]
January 20th, 2009 at 3:29 pm
Lirik baris pertama: Air pasang dalam atau Air pasang malam? Sebab saya sering mendengar anak-anak seklah menyanyikannya dengan lirik Air pasang malam. Sedangkan ketika usia saya kecil-kecil dulu baris pertama seperti yang tertera di blog anda. Apapun, lagu klasik kanak-kanak ini sudah menjadi turun temurun ibu-ibu mendodoikan anak-anak mereka.
January 21st, 2009 at 9:02 am
zara, saya tidak rasa ianya salah walaupun malam atau dalam. Mungkjin juga ia hadir sebagai penyedap rima. Namun, jika saya silap, saya akan perbetulkan.
March 8th, 2009 at 12:44 pm
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
<- gamaknya orang bukan melayu maju kot..sebab rajinnya
Itik bertelur ayam menetas <- tidak dapat menghuraikannya
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
<- orang kita….suka ketawakan orang lain..bile tersungkur.
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.<- apehal isteri comel kat dapur kerjanya….jadi la business women ke..nie dak…penyudahnya kat dapuar la jugak…
he3x…ada sama tak fikiran teman ngan fikiran blog ini.
March 13th, 2009 at 2:10 pm
Itulah dia!