Raja Ali Haji (1809 - 1870)
Syarahan Raja Ali Haji yang dilaksanakan saban tahun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan satu usaha yang baik. Melalui syarahan Raja Ali Haji ini, pelbagai tokoh akan diundang bagi menyampaikan syarahan ilmiah kepada umum.
Mengapa Syarahan Raja Ali Haji?
Nama Raja Ali Haji dipilih kerana menghormati cendekiawan Melayu silam ini, yang memberi banyak sumbangan terhadap bidang bahasa, Persuratan dan persejarahan Melayu.
Siapa Raja Ali Haji?
Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan Johor-Riau.
Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Islam dan ilmu pentadbiran. Juga terkenal dalam bidang agama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang.
Dalam bidang bahasa beliau telah menghasilkan dua buah karya penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu kitab Bustanul-Katibin (1857), dan Kitab pengetahuan Bahasa (1859).
Beliau juga melahirkan karya dalam bidang lain seperti sejarah. Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai ‘pencatat sejarah Nusantara pertama’ dengan menghasilkan buku Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi searah Melayu.
Karya sastera beliau seperti syair keagamaan turut disebut sehingga kini seperti Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama dan banyak lagi. Selain itu beliau turut meghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan undang-undang.
Maklumat lanjut boleh rujuk di sini :
? Ali Haji dari Lingga ke Riau
Tags: DBP, Raja Ali Haji, Syarahan Ali Haji
October 12th, 2008 at 12:10 pm
[...] tajuk yang melingkari ruang dewan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Syarahan Raja Ali Haji yang berlangsung [...]
October 2nd, 2009 at 11:16 am
saya sudah berziarah ke makam Raja Ali Haji di Pulau Penyegat,
sayangnya banyak situs sejarah yang kurang terawat, termasuk makam Raja Ali Haji, padahal beliau telah ditabalkan sebagai pahlawan bahasa, akan tetapi mengapa namanya tak setenar pahlawan lain