Pantun Kiasan

Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,
burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya gelam menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh dilangit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pula cicak mengkarung.

Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikuti resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai, anak merebah,
Hinggap ditonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikah pula hatinya orang.

Rotan siput rotan berlengkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.

Tags: ,

4 Responses to “Pantun Kiasan”

  1. Paris Ashiqin Says:

    waaahhh… minat ye? datang la ke pesta pantun antara kementerian 24 hb ni… 24 dah final… 18 start pertandingan…

  2. bayan Says:

    InsyaAllah. Maklumat lanjut di mana ye Paris?

  3. seri Says:

    mohon izin salin pntun brkait nak kmpl dlm blog saya.

  4. bayan Says:

    Silakan Seri. Moga bermanfaat.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image