Jati Diri Peria

Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.

Inilah perumpamaan yang paling panjang pernah saya temui. Perumpamaan ini menarik dan kena dengan situasi semasa. Tentang jati diri dan nilai sesebuah bangsa.

Secara jelas, pencipta perumpamaan ini mengambil analogi alam iaitu buah peria yang memang diketahui sifatnya dan rasanya yang pahit. Saya tidak pasti samaada beliau telah membuat ujikaji dengan “menanam peria di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu” untuk membuktikan bahasa buah peria takkan berubah sifatnya dan rasanya walaupun dicuba dengan pelbagai cara.

Sebenarnya perumpamaan di atas di tafsirkan kepada manusia yang berlaku buruk atau jahat yang disamakan dengan rasa pahit peria itu. Makna asal perumpamaan ini ialah “orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya”.

Namun, saya berpendapat persepsi itu (orang jahat tak akan berubah jadi baik) amat keterlaluan dan bernada prejudis.

Menyamakan peria dengan jati diri sesuatu bangsa amat tepat. Walau apapun cara digunakan untuk memaniskan peria, tidak akan berjaya kerana secara lahirian dan penciptaannya peria memang pahit dan akan pahit sampai bila-bila kecuali dengan izin Tuhan ia akan jadi manis. Wallahualam.

Perumpamaan ini yang lebih suka saya maksudkan dengan keutuhan jatidiri sesuatu bangsa yang sentiasa ingat nilai bangsanya. Segala cabaran dan pengaruh globalisasi dari aspek fizikal dan mental tidak akan mudah menyerap jika kita tahu fitrah diri.

Khasiat peria

Tags: , , ,

3 Responses to “Jati Diri Peria”

  1. Culan Says:

    Salam mesra,
    Dari sudut pemikiran saya sendiri,
    peribahasa “Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.”
    Bila dilihat dari sudut pasitifnya, boleh dikaitkan dengan BANGSA (sudut pandangan yang lebih luas) memperlihatkan keutuhan mengekalkan budaya dan amalan Bangsa itu sendiri tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang semakin kuat mempengaruhi masa kini.
    Namun, adakah anak bangsa kita kini masih bersifat seperti Buah PERIA? tepuk dada, tengok sekeliling.
    p.s~Hanya ingin berkongsi pendapat.
    p.s~Blog ini amat menarik…

    Salam perpaduan ^_^

  2. bayan Says:

    Culan, itu yang ingin saya serukan. Biar semua orang bersifat seperti peria, tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal yang boleh mengubah jatidirinya. Kecuali, jika pengaruh itu memberi kesan yang baik daripada sebelumnya.

    Terima kasih sudi bertandang ke sini.

  3. sabri Says:

    nikmati khasiat teh peria di http://www.tehperia.biz/sabri

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image