Pantun Melayu
Anak rusa nani,
Baru kembang ekor;
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.
Terjatuh cinta seketika dengan kebijaksanaan masyarakat Melayu zaman dahulu menghasilkan pantun yang indah ini. Sarat dengan nilai kesopanan.
Masyarakat Melayu sebenarnya lebih mencari kesalahan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain. Tanya pada diri sendiri, “apa dosa kami’ sebelum bertanya pada orang lain, “lalu tidak tegur”.
Indah kan?
Sukar benarkah menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu seperti dahulu-dahulu?
Tags: bahasa Melayu, nilai, orang Melayu, pantun Melayu tradisional, sikap
January 1st, 2009 at 9:34 pm
Pantun melayu lama mungkin akan selamanya menjadi pantun melayu lama, jika tunas-tunas tidak dibajai sesempurnanya.
Mungkin sukar tercipta lagi pantun melayu baharu untuk generasi hadapan, dan yang lama tidak mustahil pupus dilupakan.
January 16th, 2009 at 3:09 pm
InsyaAllah pantun Melayu akan diingat sampai bila-bila. Kerana ia bukan sahaja tercatat dalam sejarah persuratan kita malah usaha memelihara pantun lama masih gah diteruskan.
Ia mungkin bermula dari diri kita. Walaupun cuma serangkap. Buat bekal generasi kita. Boleh kan? Setiap orang serangkap pantun, sekurang-kurangnya.
February 13th, 2009 at 12:12 pm
Salam. Kiranya saya tidak terlewat. Saya sokong pendapat bayan. Pantun Melayu tak akan hilang, kalau orang Melayu itu sendiri cuba untuk tidak mengabaikannya. Saya teringat pada zaman-zaman sekolah dulu ada peraduan berpantun. Masa itu masing-masing sibuk mengarang pantun. Pantun lama yang masih saya kenang hingga sekarang: Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Kami budak baru belajar, salah dan silap tolong tunjukkan. Masyarakat Melayu dahulu memang merendah diri.
August 12th, 2009 at 10:05 am
memang bagus
September 27th, 2009 at 6:55 pm
kemudi calus mudah meluncur, kebarat topan cuaca berpindah, berbudi halus sudah termasyhur, beradat sopan bahasa indah.
Pantun Melayu tak hilang sepanjang masa