Cacamerba

Saya bukan pejuang bahasa. Tetapi saya mahu bahasa saya yang indah dapat bertahan sampai bila-bila.

Segalanya cacamerba kini. Semua gara-gara kuasa dan politik yang kononnya boleh selesaikan segala perkara.

Kasihan bahasa Melayu saya.

Dan masyarakat hari ini juga kebanyakannya sudah cacamerba. Yang sudah kehilangan arah berlari ke sana sini, menjerit -jerit sedangkan tidak tahu hujung pangkal.

Yang mempertahan bahasa pula begitu sungguh-sungguh. Bersedia dalam segala hal.

Bak bahasa berirama ini;

*Di mana musuh akan datang?
Mana tebing akan runtuh?
Atau kubu akan dijuang?
Atau ubat akan dijemur?
mana senapang akan diampai?
mana jamban dikincah dagang?
Atau parit sudah timbus?
Atau aur kurang bela?
Angkatan mana akan tiba?

Ya…angkatan mana akan tiba?

*dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Fajar Bakti, 1996.

Tags: , , ,

3 Responses to “Cacamerba”

  1. Muhammad Faiz Says:

    pertahankan bahasa indah kita

    Salam perkenalan. Saya sekarang menjadi warga UM, sebagai pengajar sementara.

  2. bayan Says:

    Selagi daya, akan saya pertahankan.
    Salam perkenalan.

  3. Nursalmah Says:

    salam ukhwah
    selagi hayat dikandung badan selagi itu kita harus pertahankan bahasa kita kerana ia melambangkan keperibadian kita sebagai bangsa melayu..

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image