Pantun Kasih

Pantun ini didengarkan oleh Puan Kalsom Azid, Bendahari PEN pada Bengkel Penulisan Puisi yang diadakan baru-baru ini.
Saya tak mahu berlesung pauh,
Lesung pauh membuang padi,
Saya tak mahu berkasih jauh,
Berkasih jauh merisaukan hati.
Kalau kita menebang jati,
Biar serpih tumbang jangan;
Kalau kita mencari ganti,
Biar lebih kurang jangan.
Buah durian dari hulu,
Pokoknya banyak di kebun Amin,
Tahukah tuan sejak dahulu,
Di dalam gula racun bermain?
Menarik bukan tatacara orang zaman dahulu menyampaikan rasa hati?
Tags: Pantun
April 14th, 2009 at 9:08 am
peh..peh..peh…
dahsyat siot…
aku pun menggaru kepala bile soh buat pantun…
April 14th, 2009 at 9:33 am
Hehehe…Tak pandai buat tak apa, asal menghargai dan mengagumi pantun kita, itu sudah memadai.
April 15th, 2009 at 1:07 pm
salam…
pastikan rime di tengah sama…
guna bait klasik yang puitis…
sediakan tema yang berkaitan dengan zaman terkini…
April 15th, 2009 at 1:08 pm
sila buat pantun yang boleh digunakan dlm semua jenis pantun…
April 15th, 2009 at 1:23 pm
hye there…..pntn trakhir engko cntk arh…..sokln engko 2…sgt bgs….
April 15th, 2009 at 1:30 pm
jgn gune kte2 yang tidak elok…
seperti:lesung…..dapatkah lesug membuang padi.. x relevan..
April 17th, 2009 at 12:15 pm
Ariel : Bukan saya yang mencipta pantun ini. Ini pantun Melayu klasik. Digunakan pada zaman dahulu tetapi tetap indah bagi saya.
“sila buat pantun yang boleh digunakan dlm semua jenis pantun…” - Maksudnya? Pantun Melayu kita sudah lengkap, meliputi segala hal dan segala perkara dalam hidup juga melingkungi segala aspek. teroka dan fahami sahaja.
Deena, saya tak fikir kita generasi masakini boleh memandai-mandai untuk menggugurkan pemilihan kata-kata dalam pantun Melayu lama. Perkataan lesung pauh merupakan satu kiasan iaitu perlatan yang kurang berguna harus dielakkan agar tidak membazir. Masyarakat Melayu menggunakan lesung batu untuk tujuan kerja-kerja yang melibatkan padi. Lesung pauh pula dikiaskan untuk benda yang tidak boleh digunakan untuk membersihkan padiberas. Fahami budaya Melayu dan kias ibaratnya.
July 6th, 2009 at 9:59 am
sedap pantun di atas. Jika ada lagi pantun-pantun yang sedap didengar seperti ini, bolehkan diuploadkan?