Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-2, 2009
Posted in umum on May 20th, 2009 by bayanPersatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional ke-2, 2009 (PPMN 2009) bertemakan “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran” dijadualkan pada:
Tarikh : 22 hingga 24 MEI 2009
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
PPMN 2009 ini adalah untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.
Borang pendaftaran hendaklah tiba ke meja urus setia sebelum 10 Mei 2009.
Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Saifullizan Yahaya (03-21482480 - saif@dbp.gov.my), Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-6915266 – nuhamelissa@yahoo.com), atau Muhammad Lufti Ishak (013-2650876).
