Archive for the 'lagu klasik' Category

Malam Bulan Di Pagar Bintang

Posted in lagu klasik on December 27th, 2007 by bayan

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm…
Mmm.. mmm…

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Sign Up Advertlets

Nak Dara Merindu

Posted in lagu klasik on December 27th, 2007 by bayan

Masri Manis

Posted in lagu klasik on November 7th, 2007 by bayan

Siti Nurhaliza - Masri ManisDengar tabuh berbunyi (sayup)
Dengar taulan menyanyi (merdu)
Rindu pada desaku

Asyik biduk dikayuh (laju)
Asyik unggas berlagu (merdu)
Masih tidak ku jemu
Musim silih berganti
Adat tetap di hati

Insan berkasih bersatu hati
Ihsan dan janji menjadi budi
Usah mungkir mungkiri

Aur dan tebing berteguh sakti
Bahu diganding saling berbakti
Pohon sehidup semati
Hai pohon sehidup semati

Manis sahut-bersahut (salam)
Manis tamu-bertamu (undang)
Indah dengan bahasa

Senyum balas senyuman (manis)
Senyum indah menawan (manis)
Kasih sayang bertaut
Manis riuh di kampung
Riang malam mengusik

Ayang menegur itik
Orang kampung mengejek
Ayam berlari
Itik jalan kedek-kedek

Hati-hati cik adik
Nantikan abang balik
Orang kampung berbisik
Detik tak detik

Pulanglah ayah sebagai pejuang
Ibu di rumah tunggu cantik-cantik
Pergilah abang sebagai pejuang
Adik menanti duduk molek-molek

Dengar LAGU ini.

Penyanyi : Siti Nurhaliza

Lagu ciptaan : Khir Rahman

Mohon Kasih

Posted in lagu klasik on October 1st, 2007 by bayan

Siti Nurhaliza - Mohon Kasih

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan

Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja

Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman

dengar lagu klik SINI

* Lagu berentak zapin ini pada asalnya dinyanyikan oleh Ahmad Jais (perkataan kumbang tukar kepada bunga).

Zaman dahulu, sistem perhubungan amat terhad. Bahasa dan sastera pula menjadi asas utama dalam berkomunikasi. Anak gadis diajar untuk berkelakuan seperti gadis - pemalu, sopan, cakap berlapik dan sebagainya.

Lagu di atas lebih kepada hasrat si gadis yang ingin berkenalan dengan seorang pemuda (kumbang). Hati yang sudah berkenan dan membawa kepada rasa cinta yang baru berputik membuatkan si gadis ‘gila bayang’ dan merana akibat si teruna yang masih tidak menyedari kehadirannya.

Pantang larang dalam masyarakat iaitu ‘perigi mencari timba’ membuatkan si gadis hanya mampu merindu dan merayu dalam hati serta bermohon agar si teruna mendengar rasa hatinya itu.

Berpantun Kasih

Posted in lagu klasik on October 1st, 2007 by bayan

Siti Nurhaliza - Berpantun Kasih

Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kitalah bersama
Sama rentak gendang bertingkah
Tapi tak sama alun suara

Berdendang hamba nak berdendang
Hai senandung nak dara merindu
Alun hamba sekadar lalu
Tidak sedikit menyentuh dihati

Mana kasih sehangat mentari
Mana cinta yang semanis dulu
Mana janji bak tersimpul tali
Mana budi yang sebaik laku

Jauh hamba rindu hambalah dirindu tuan
Bila dekat mengapa diam sahaja
Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan
Lagu berkasih cinta terpilih
Layu pagi seruas jari

Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kasih tak sudah
Mengenang bukanlah mengenang
Ingin mencari di mana silapnya

Dengar lagu klik SINI

* Lagu ini mengisahkan lara hati seorang gadis yang merindui kekasihnya. Namun, kekasihnya seperti sudah berubah hati. Ini dapat dilihat pada rangkap;

“Sama rentak gendang bertingkah
Tapi tak sama alun suara”

dan juga;

“Mana kasih sehangat mentari
Mana cinta yang semanis dulu
Mana janji bak tersimpul tali
Mana budi yang sebaik laku”

“Bila dekat mengapa diam sahaja
Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan”

“Mengenang bukanlah mengenang
Ingin mencari di mana silapnya”

Jelas kan, penggunaan perkataan yang tepat sesuai dengan perwatakan anak gadis zaman dahulu yang kaya dengan nilai kesopanan walaupun hati pedih terluka. Selain itu, lagu sebegini lebih ditafsir sebagai ’suara hati’ si gadis yang sebenarnya amat malu untuk bertanya secara terus terang dengan pasangannya.

Itulah Sayang - P.Ramlee dan Normadiah

Posted in lagu klasik on September 26th, 2007 by bayan

ITULAH SAYANG

nyanyian P. Ramlee & Normadiah

pramlee.jpg normadiah.jpg

 

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

* dari filem Anakku Sazali