Archive for the 'Tokoh' Category

Alat Atau Otak?

Posted in Tokoh on November 4th, 2008 by bayan

watch?v=_3qBG0wSmJg

Semasa saya belajar di Universiti Malaya dahulu, saya terpandangkan sebuah tesis mengenai filem-filem P.Ramlee. Kajian menyentuh tentang idea, bahasa, persembahan dan segala aspek yang berkaitan filem-filem arahan P. Ramlee.

Melihat filem-filem masa kini, mana satu filem yang boleh menandingi filem hasil pemikiran P.Ramlee?

Sehingga kini, walau beratus atau beribu kali, filem-filem P.Ramlee masih segar dan menghiburkan. Apakah rempah ratus yang digunakan? Peralatan atau otak?

Tags: ,

Raja Ali Haji (1809 - 1870)

Posted in Tokoh on October 12th, 2008 by bayan

Syarahan Raja Ali Haji yang dilaksanakan saban tahun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan satu usaha yang baik. Melalui syarahan Raja Ali Haji ini, pelbagai tokoh akan diundang bagi menyampaikan syarahan ilmiah kepada umum.

Mengapa Syarahan Raja Ali Haji?

Nama Raja Ali Haji dipilih kerana menghormati cendekiawan Melayu silam ini, yang memberi banyak sumbangan terhadap bidang bahasa, Persuratan dan persejarahan Melayu.

Siapa Raja Ali Haji?

Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan Johor-Riau.

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Islam dan ilmu pentadbiran. Juga terkenal dalam bidang agama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang.

Dalam bidang bahasa beliau telah menghasilkan dua buah karya penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu kitab Bustanul-Katibin (1857), dan Kitab pengetahuan Bahasa (1859).

Beliau juga melahirkan karya dalam bidang lain seperti sejarah. Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai ‘pencatat sejarah Nusantara pertama’ dengan menghasilkan buku Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi searah Melayu.

Karya sastera beliau seperti syair keagamaan turut disebut sehingga kini seperti Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama dan banyak lagi. Selain itu beliau turut meghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan undang-undang.

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini :

? Ali Haji dari Lingga ke Riau

? Sejarawan Melayu pertama

? Biografi Raja Ali Haji

Tags: , ,