Jiwa_Rasa Gitapuja
Gitapuja [hymn (I); humnos (Y)]
→ Berasal dari bahasa Greek, humnos, bermaksud nyanyian memuji pahlawan atau tuhan. kini ia diertikan sebagai sajak lirik yang dinyanyikan untuk memuji tuhan atau pahlawan bangsa atau cita-cita. Contoh Gitapuja dapat dilihat pada sajak “doa” oleh Chairil Anwar :
Doa
Kepada Pemeluk Teguh
Tuhanku…dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu…biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
CahayaMu panas suci..tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku..
aku hilang bentuk….remuk
Tuhanku..
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku…
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak biasa berpaling..
Gitapuja itu ada dalam siri setiap manusia yang mempercayai adanya tuhan untuk dipuja atau ditaati. Bicara rasa jiwa ini juga boleh ditafsir dengan pelbagai cara. TuhanKu…Izinkan hambamu ini membongkar rahsiaMu dengan cara yang sebegini….Jika Gitapuja itu wujud dalam diri ini, maka natijahnya tertumpah di weblog ini - Resensi klasik.
tejamanis@gmail.com
tejamanis@yahoo.com
Psittacula Alexandri - Bicara Rasa Sang Bayan