Pak Kadok
Posted in cerita jenaka on November 20th, 2007 by bayanPak Kadok pergi ke gelanggang ayam untuk menyabung ayam. Raja negeri itu yang telah tahu kehandalan ayam Pak Kadok meminta agar mereka bertukar ayam. Kerana kebodohannya, Pak Kadok bersetuju.
Sabung ayam itu berakhir dengan kemenangan ayam Pak Kadok yang telah menjadi milik raja. Akibatnya kampung Pak Kadok tergadai dan pakaiannya yang diperbuat dari kertas terkoyak kerana Pak Kadok terlalu gembira bersorak. Pak Kadok pulang bertelanjang.
Pak Kadok menerima jemputan kenduri, satu di darat dan satu lagi di baruh. Kerana tamak, dia terlepas kedua-dua kenduri itu. Pak Kadok pulang kelaparan. Apabila isterinya menyindir, Pak Kadok naik marah lantas memukul isterinya hingga mati.
Gantang
Posted in Alatan klasik on November 19th, 2007 by bayanGantang → merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.
Bacaan lanjut berkenaan sejarah, penggunaannya dan hal-hal yang berkaitan sila rujuk di wikipedia.
Menurut Kamus Dewan, gantang didefinisikan sebagai sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak, atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras) ; alat untuk menyukat beras.
Hikayat Bayan Budiman
Posted in hikayat on November 15th, 2007 by bayan 
Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab.
Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga. Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung. Apabila sampai masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermuafakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara.
Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang putera raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya saling berpandangan dan berbalas senyum.
Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga telah jatuh cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan antara mereka berdua telah dapat di atur.
Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada burung tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab tiung;
“ya, tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang tuan hamba hendak kerjakan ini? Tiadakah tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah tuan malu akan Nabi Muhammad, maka tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan ditegahkan Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala perempuan membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam al-Quran dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya…”
Teguran burung tiung betina itu membuatkan Bibi zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke bumi. Matilah burung itu.
Bibi Zainab setertusnya meminta nasihat daripada burung bayan pula sambil mencurahkan hasrat hatinya itu. Setelah mendengar semuanya, burung bayan pun berkata;
“Adapun hamba ini haraplah tuan, jikalau jahat sekalipun pekerjaan tuan, insyaAllah di atas kepala hambalah menanggungnya, jika datang suami tuan pun, tiada mengapa, daripada hamba inipun hendak membuat bakti kepada tuan dan berbuat muka pada suami tuan itu. Baiklah tuan segera pergi, kalau-kalau lamalah anak raja itu menantikan tuan, kerana ia hendak bertemu dengan tuan. apatah dicari oleh segala manusia di dalam dunia ini, melainkan martabat, kebesaran dan kekayaan?Adakah yang lebih daripada martabat anakj raja? tetapi dengan ikhtiar juga sempurnalah adanya. Adapun akan hamba tuan ini adalah seperti hikayat seekor unggas bayn yang dicabut bulunya oleh seorang isteri saudagar….“
Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya itu, tetapi dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa menangguh dari satu malam ke satu malam pertemuannya dengan putera raja. begitulah seterunya sehingga Khoja Maimun pulang dari pelayarannya.
Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat isteri tuannya daripada menjadi isteri yang curang. Dia juga dapat menjaga nama baik tuannya serta menyelamatkan rumahtangga tuannya.
Antara ceriota bayan itu ialah mengenai seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak yang masih kecil. Ibu bayan itu menasihatkan anak-anaknya supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai yang tinggal berhampiran. Ibu bayan telah bercerita kepada anak-anaknya tentang seekor anak kera yang bersahabat dengan seorang anak saudagar. Pada suatu hari mereka berselisih faham. Anak saudagar mendapat luka di tangannya. Luka tersebut tidak sembuh melainkan diubati dengan hati kera. Maka saudagar itupun menangkap dan membunuh anak kera itu untuk mengubati anaknya.
Sebuah lagi cerita bayan ialah mengenai seorang lelaki yang sangat mengasihi isterinya. Apbila isterinya meninggal dunia, dia telahj memohon dioa kepada Tuhan supaya separuh daripada umurnya dibahagikan kepada isterinya. Doa itu dikabulkan dan isterinya hidup semual. Namun, si isteri tidak jujur dan lari dengan seorang saudagar kaya. Lelaki itu menjejaki isterinya kerana menyangka isterinya dilarikan oleh saudagar kaya itu. Tetapi dia telah dihina dan diusir oleh isterinya. Kerana marah dan kecewa, lelaki itu memohon agar Tuhan mengembalikan usianya yang telah diberi kepada isterinya. Dengan kehendak Tuhan, isterinya mati semula.
Dalam cerita yang lain pula, bayan bercerita mengenai pengorbanan seorang isteri. seorang puteri raja yang kejam telah membunuh 39 orang suaminya. suaminya yang keempat puluh telah berjaya menginsafkannya dengan sebuah cerita mengenai seekor rusa betina yang sanggup menggantikan pasangannya, rusa jantan, untuk disembelih. Begitu kasih rusa betina kepada pasangannya sehingga sanggip mengorbankan diri untuk disembelih. Puteri itu insaf dan tidak jadi membunuh suaminya yang keempat puluh itu, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya.
Sumber : Sari Sastera Lama untuk STPM, Zainuddin Saad
Seloka Pak Pandir
Posted in seloka on November 12th, 2007 by bayanAnak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh dilangit, Air ditempayan dicurahkan, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan dihujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga kecundangan. Â
Puisi Melayu Tradisional, 1997.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
 ÂMasri Manis
Posted in lagu klasik on November 7th, 2007 by bayanSiti Nurhaliza - Masri ManisDengar tabuh berbunyi (sayup)
Dengar taulan menyanyi (merdu)
Rindu pada desaku
Asyik biduk dikayuh (laju)
Asyik unggas berlagu (merdu)
Masih tidak ku jemu
Musim silih berganti
Adat tetap di hati
Insan berkasih bersatu hati
Ihsan dan janji menjadi budi
Usah mungkir mungkiri
Aur dan tebing berteguh sakti
Bahu diganding saling berbakti
Pohon sehidup semati
Hai pohon sehidup semati
Manis sahut-bersahut (salam)
Manis tamu-bertamu (undang)
Indah dengan bahasa
Senyum balas senyuman (manis)
Senyum indah menawan (manis)
Kasih sayang bertaut
Manis riuh di kampung
Riang malam mengusik
Ayang menegur itik
Orang kampung mengejek
Ayam berlari
Itik jalan kedek-kedek
Hati-hati cik adik
Nantikan abang balik
Orang kampung berbisik
Detik tak detik
Pulanglah ayah sebagai pejuang
Ibu di rumah tunggu cantik-cantik
Pergilah abang sebagai pejuang
Adik menanti duduk molek-molek
Penyanyi : Siti Nurhaliza
Lagu ciptaan : Khir Rahman
Sajak Budi-Budaya-Tamadun
Posted in sajak on November 1st, 2007 by bayan
Sajak ini bukanlah bersifat klasik. tetapi nilai dan budaya yang terkandung di dalamnya berakar tunjang dari persoalan budaya dan agama yang semakin dipinggirkan oleh sesetengah manusia.
Sajak ini dideklemasikan semasa Majlis Apresiasi 50 tahun Kemerdekaan dan mendapat perhatian kerana ia dinukilkan sendiri oleh deklematornya, YB Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad, Yang Dipertua YADIM dan menjadi juara deklemasi sajak bagi kategori ketua pengarah agensi Islam.
TAPI AKU MASIH LAGI TERMANGU…..
Oleh Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad
Â
Lima puluh musim berlalu
Sedar-sedar kita telah dewasa
Telah punya tanah sendiri yang kita miliki
Tiada lagi tergadai di tangan orang
Â
Di atas tanah bertuah peninggalan nenek moyang
Kita bangunkan pencakar langit menjulang awan
Lebuhraya memendek perjalanan
Keseluruh penjuru tanah pusaka
Â
Kita bangunkan Putrajaya
Dan puluhan kotaraya
Anak-anak ke menara gading tanpa lagi merentas benua
Â
Â
Sinar ilmu menerangi perjalanan
Dan suara lantang kita
Bergema di alam buana
Â
Lalu kita bangga menjadi anak Malaysia
Â
Di mana-mana orang memuji nama Malaysia
Idola dunia ketiga
Dunia Islam menjulang harapan
Setinggi awan menanti kebangkitan kita
Malaysia gah di serata dunia
Â
Tetapi sesuatu berlaku tanpa terduga
Menara moral tersungkur
Dirempuh taufan durjana
Lebuhraya budaya terbelah diranap gempa
Musyawarah hanya pada nama
Menjadi permainan orang kaya
Digelanggang politik wang dan sogokan yang teruja
Suara rakyat yang menentu masa hadapan tanah pusaka
Diniaga di meja snooker
Â
Lima musim berlalu
Aku berpijak di tanah pusaka
Yang kaya harta, yang memiliki segala
Tapi aku masih termangu.
Â
Â
SEBIJI MUTIARA
Oleh: Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad
Â
Sebiji mutiara bernama perlembagaan
Ditatah intan berlian, dipapah para pahlawan
Terukir pada mahkota raja
Lambang kedaulatan bangsa
Â
Tersurat pada tulisan
Bahawa Islam mercu tanda Negara
Tersirat pada pengertian
Bahawa bahasa jiwa bangsa
Terlukis pada harapan
Melayu akan bangkit semula
Â
Hasil jerih pejuang bangsa
Dan pahlawan gugur dipersada
Kita ukir kebahagiaan di wajah duka
Kita bina mahligai dikota raya
Kita gelak ketawa
Berhibur sehingga leka
Â
Mutiara negara sedang dirungkai
Dan agama-agama menjadi rata
Tiada beza semuanya sama belaka
Dan hanya jalan-jalan lain ke syurga
Â
Kita tiada lagi punya bahasa
Kita tiada lagi mampu mengungkap kata
Bahawa Melayu tak kan hilang di dunia
Â
Kerana yang menentukan bukan kita
Bukan lagi akal bicara bijaksana
Tetapi harta
Â
Mutiara lambang kedaulatan bangsa
Sedang dirobek-robek wataknya
Sehingga Melayu menjadi kerdil
Di bumi pusaka
Yang bukan lagi hanya milik kita
Kecapi
Posted in Leksikografi on October 25th, 2007 by bayanKECAPI → Menurut Kamus Dewan merupakan sejenis alat bunyi-bunyian bertali yang dipetik sebagai gitar (cerempung).
Kecapi juga ditafsir sebagai :
“a traditional Balinese zither that often lends its haunting melody to religious ensembles. The sound box is comprised of three tiers of mahogany glued together and finished with an outer layer of plywood. The kecapi extracts its melodious tunes from the frequency of the steel strings and includes the necessary pick, made of plastic”
Wikipedia mentafsir Kecapi sebagai :
The kecapi is a musical instrument from the island of Java, Indonesia. It is often played in West Java, an area called Sunda, paired with the suling (kecapi suling), as well as voice.
The kecapi typically has 18-20 strings, arranged on a 5-tone scale. The strings are held with moveable bridges, like other transverse zithers like the koto of Japan. The right fingernail plucks forward as the left middle finger pulls back. The body of the instrument is made of wood, and large kecapis are often ornamented with carvings. The strings are stretched across a metal bridge and 20 wooden pedestals, which are used for fine-tuning the instrument.
Ghazal
Posted in ghazal on October 25th, 2007 by bayanKekasihku seperti nyawa pun adalah terkasih dan mulia juga,
Dan nyawaku pun, mana dari nyawa itu jauh ia juga;
Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga.
Hanya jika pada nyawa itu hampir dengan sedia suka juga,
Nyawa itu yang menghidupkan senantiasa nyawa manusia juga,
Dan menghilangkan cintanya pun itu kekasih yang setia juga;
kekasihku itu yang mengenal hatiku dengan rahsia juga,
bukhari yang ada serta nyawa itu ialah berbahagia juga.
Pantun Jenaka
Posted in Pantun on October 4th, 2007 by bayanPisau seraut dua tiga, Letak di peti di dalam perahu, Dalam laut boleh di duga, Dalam hati siapa tahu. Â Rama-rama si kumbang jati, Khatib Endah pulang berkuda, Patah tumbuh hilang berganti, Pusaka lama begitu juga. Â Anak napuh mati terpancung, Ambil matanya dua-dua, Biar disepuh emas lancung, Kilat tenbaga tampak jua. Â Ayam sabung jangan dipaut, Jika ditambat kalah laganya, Asam di gunung ikan di laut, Dalam belanga bertemu jua. Â Terkelip api di atas gunung, Orang memerun atas balai, Maksud hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai. Â Betapa melati takkan luruh, Rindu menanti bunga culan, Betapa hati takkan rusuh, Ibu mati bapa berjalan. Â Pokok manggis pokok bacang, Ketiga dengan pohon lulita, Duduk menangis abang pincang, Katanya jalan tidak rata. Â Orang Sekak pergi ke Bali, Membawa pelita semuanya, Berbisik pekak dengan tuli, Tertawa si buta melihatnya. Â Menggegar batang limau, Terikat lembing dekat kendil, gementar tulang harimau, melihat kambing menyandang bedil. Â Anak bakau di rumpun salak, Patah taruknya ditimpa genta, Riuh kerbau tergelak-gelak, Melihat beruk berkaca mata. Â Ucaang buruk tak bertali, Kian ke mari tergantung-gantung, Bujang buruk tak berbini, Kian ke mari meraung-raung. Â

