Pertemuan Penyair Nusantara

Posted in umum on November 15th, 2009 by bayan

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-3
(KUALA LUMPUR INTERNATIONAL POETRY GATHERING 2009)

PENGENALAN
PENA akan menganjurkan Minggu Sastera Antarabangsa PENA pada 18-22 November 2009 yang mengandungi dua segmen, iaitu Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 (SAKM X) dan Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 (PPN3).
Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) ini bermula di Medan pada tahun 2007 dengan nama Pesta Penyair Nusantara sebagai usaha untuk menghimpunkan penyair dari rantau Asia Tenggara khususnya, dan dari seluruh dunia umumnya. Acara ini diasaskan oleh badan budaya bukan kerajaan, iaitu komuniti penyair di Indonesia dan kemudian berkembang dengan disertai oleh komuniti sastera dan budaya dari Malaysia dan Brunei.
Gabungan komuniti penyair dari Indonesia, Malaysia dan Brunei ini akhirnya telah menubuhkan Panitia Rasmi Pesta Penyair Nusantara. Persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat di Medan adalah untuk mengadakan acara ini pada setiap tahun secara bergiliran. Bermula di Medan, Indonesia dengan The First Medan Poetry Gathering 2007 pada 25-29 Mei 2007, ia kemudian dilanjutkan dengan Pesta Penyair Nusantara Kedua (PPN2) (The 2nd Kediri Poetry Gathering) pada 29 Jun - 3 Julai 2008 di Kota Kediri, Indonesia. Pada tahun 2009, PENA telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dengan nama Pertemuan Penyair Nusantara ke-3 (PPN3).
Di samping PPN3 ini, PENA dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan SAKM X pada 18-19 November 2009. Pertemuan ilmiah ini menyediakan ruang untuk percambahan ilmu dan penyebaran hasil penyelidikan yang dapat mengangkat sastera sebagai bidang kajian kemanusiaan ke tahap yang tinggi. Pengurusan SAKM X akan dijalankan oleh pihak panitia daripada UKM sahaja, manakala PENA hanya bertindak sebagai rakan penganjur. PENA akan menguruskan penganjuran PPN3 sepenuhnya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

TEMA PPN3
PUISI SUARA KEMANUSIAAN

KONSEP
Menggabungkan seni dan fikiran kemanusiaan melalui sesi forum, dialog, seminar dan persidangan selain acara pendeklamasian puisi dan persembahan kebudayaan.

MATLAMAT
1.     Menggerakkan sastera khususnya dalam kelompok generasi muda.
2.     Mempererat hubungan antara sasterawan tanpa mengira sempadan.
3.     Menjadikan budaya sebagai medium pembina nilai kemanusiaan dan kebersamaan.
4.   Mengeratkan hubungan serantau khususnya dalam bidang kebudayaan.

TARIKH
SAKM: 18-19 Nov.2009
PPN3: 20-22 November 2009

TEMPAT
SKAM: UKM
PPN3: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur & Rumah PENA

Atur Cara SAKM X

18 November 2009 (Rabu)
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN MELAYU ke-X (SAKM X)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anjuran UKM, DBP dan PENA
0830 – 1230    :    Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1230 – 1430     :    Makan Tengah hari dan Rehat
1430 – 1630    :    Sesi Pembentangan Kertas Kerja

19 November 2009 (Khamis)
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN MELAYU ke-X (SAKM X)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anjuran UKM, DBP dan PENA
0830 – 1230    :    Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1230 – 1430     :    Makan Tengah hari dan Rehat
1430 – 1630    :    Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1630 – 1730    :    Majlis Penutup

ATUR CARA PPN3

20 November 2009 (Jumaat)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1430    :    Pendaftaran Peserta
1430 – 1630     :    Dialog Penyair
1630 – 1700    :    Minum Petang
1700 – 2000    :    Rehat
2000 – 2045    :    Peserta ke Dewan Bankuasi, DBP
2045 – 2300    :    Majlis Perasmian & Persembahan Baca Puisi

21 November 2009 (Sabtu)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1230    :    Seminar & Forum
1230 – 1430     :    Makan Tengah hari
1430 – 1830    :    Baca Puisi di Menara Kuala Lumpur
1830 – 2030     :    Rehat dan Minum Petang di Rumah PENA
2030 – 2300    :    Baca Puisi di Rumah PENA

22 November 2009 (Ahad)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1130    :    Persidangan Penyair
1130 – 1230     :    Majlis Penutup
1230 – 1430    :    Makan Tengah hari dan Bersurai

JADUAL ATUR CARA

Hari PERTAMA (Jumaat 20 November 2009)
PAGI
9.00 pagi – 12.00 tgh    :    Pendaftaran Peserta
12.30 tgh – 2.30 ptg    :    Makan Tengah Hari
2.30 tgh – 4.30 ptg    :    Forum Penyair: Puisi Mancanegara
Pengerusi      : Mohamad Shahidan
Malaysia    : Malim Ghozali Pk
Shamsudin Othman
Indonesia    : Ahmadun Yosi Herfanda
Brunei        : Sheikh Mansor
Singapura    : Djamal Tukimin
Thailand    : Abdul Razak Panaemale

MALAM
8.45 mlm – 11.00 mlm:    ACARA PERASMIAN
Bacaan Doa oleh Ustaz Azman Al Kurauwi
Ucapan Sambutan
Ybhg. Presiden PENA
Ybhg. Ketua Pengarah JKKN
Ucapan dan Perasmian
Ybhg. Ketua Pengarah DBP
Perasmian buku puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
Penyampaian Cenderahati kepada:
Para Wakil Penaja
Perwakilan Negara Peserta
Jamuan Makan Malam
Persembahan
?    Deklamasi puisi 1 – wakil kanak-kanak
?    Deklamasi puisi 2  -  Siti Zainon Ismail (Mal)
?    Persembahan tradisional Gemala Kasturi
?    Deklamasi puisi 3 – Lim Swee Tin (Mal)
?    Deklamasi puisi 4 – Puzi Hadi (Mal)
?    Deklamasi puisi 5 – Wakil dari Indonesia
?    Deklamasi puisi 6 – Zaen Kasturi (Mal)
?    Persembahan lagu puisi Dewangga Sakti
?    Deklamasi puisi 7 – Wakil dari Thailand
?    Deklamasi puisi 8 – Wakil dari Singapura
?    Deklamasi puisi 9 – Wakil dari Brunei
?    Deklamasi puisi 10 – A. Shukri Abdullah (Mal)
?    Lagu Rakyat Roslan Madun

Hari KEDUA (Sabtu 21 November 2009)

PAGI
8.30 pagi–10.30 pagi    :    Ucap Utama
Sasterawan Negara Dato’A. Samad Said
Pengerusi   :  Puan Siti Zaleha Md Hashim

10.30 pagi        :    Jamuan Teh

10.45 pagi–1.15 tgh    :    Pembentangan Kertas Kerja:
Pengerusi     : A. Ghafar Abdullah
Malaysia    : Dato’ Dr. Ahmad Kamal (Kemala)
Jasni Matlani
Indonesia    : Maman S. Mahayana
Viddy Daery
Singapura     : Noridah Kamari/Sharifah Khadijah
Thailand    : Hassan Madmarn

1.00 tgh –2.30 ptg    :    Makan Tengah Hari

2.30 ptg – 6.30 ptg    :    BACA PUISI DI MENARA KUALA LUMPUR

6.30 ptg        :    Jamuan teh  dan makan malam (di Rumah PENA)

MALAM        :    PERSEMBAHAN & BACA PUISI DI RUMAH PENA
Koordinator : Dr. Ahmad Razali Yusuf
Pengacara   : Dr. Ibrahim Ghaffar

Hari KETIGA (Ahad 22 November 2009)
PAGI
8.30 pagi–10.30 pagi  :    Persidangan Penyair: Kerjasama Penyair dalam Mengataskan Suara Kemanusiaan
Pengerusi : Mohamad Saleeh Rahamad

10.30 pagi        :    Jamuan Teh

10.45 pagi–12.30 tgh    :    Majlis Penutup:
Ucapan S.M. Zakir
Ucapan Ybhg. Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
12.30 tgh – 1.30 tgh    :    Makan Tengah hari

1.30 tgh        :    PESERTA BERTOLAK PULANG

JAWATANKUASA PELAKSANA PENA

Pengerusi                :     Dato’ Baharuddin Zainal
Timbalan Pengerusi            :    Mohamad Saleeh Rahamad
Naib Pengerusi I            :    Malim Ghozali Pk
Naib Pengerusi II            :    Mohd. Hanafi Ibrahim
Pengarah                :     Syed Mohd. Zakir Syed Othman
Pen. Pengarah I            :     Shamsudin Othman (Kewangan)
Pen Pengarah II            :    Saifulizan Yahya (Acara)
Bendahari                :     Rasanubari Asmaramah
Penyelaras PENA            :    Dr. Ahmad Razali Yusof
Setiausaha Kerja            :    Wan Zaida Hj. Wan Yussof
Pen. Setiausaha Kerja I        :    Hasbullah Mohamad
Pen. Setiausaha Kerja II        :    Zalila Isa
Ahli Jawatan Kuasa            :    Dr. Ibrahim Ghaffar (Persembahan PENA)
Amiruddin Ali (Protokol dan Sambutan)
Rahimidin Zahari (Penerbitan)
Luqman Hakim (Penerbitan)
Mohd. Ikhram Fadly Hussain (Penginapan)
Maniyamin Ibrahim (Penginapan)
Mohd Amran Daud (Majlis Perasmian)
Ariff Mohammad (Majlis Perasmian)
Jaffar Hamdan (Majlis Penutup)
Amran Rashidi (Majlis Penutup)
Mohd Jusoh Majid (Seminar)
Raja Rajeswary Seetharaman (Seminar)
Azman Ismail (Seminar)
Ridzuan Harun (Seminar)
Mohd. Noor Hamzah (Pengangkutan)
Muhammad Lutfi Ishak (Pengangkutan)
Azlan Sinaganaga (Persembahan)
Fazleena Hishamudin (Persembahan)
Azam Supardi (Persembahan)
Nazeri M Anuar@Vovin (Persembahan)
Mohd. Nazmi Yaakub (Publisiti)
Mohd Noor Hamzah (Pendaftaran)
Sahrunizam Abd. Talib (Pendaftaran)
Hameer Habib    (Pendaftaran)
Roslizan Yaakub (Pendaftaran)
Juwairiah Md Jamil (Cenderamata)
Nurhazalifah Ramli (Cenderamata)
Murizah Mustafa (Jamuan)
Nurhidayah Che Din (Jamuan)

AHLI PANITIA PELAKSANA PESTA PENYAIR NUSANTARA

1.     Korie Layun Lampan (Kalimantan Barat)
2.     Antilan Purba (Medan, Sumatera Utara)
3.     Afrion (Medan, Sumatera Utara)
4.     Zeffri Ariff (Brunei Darussalam)
5.     S.M. Zakir (Malaysia)
6.     Ahmadun Yosi Herfanda (Jakarta)
7.     Viddy AD Daery (Lamongan, Jatim)
8.     Sarah Serena (Jakarta)
9.     Khoirul Anwar (Kediri, Jawa Tengah)
10.    Zawawi Imron (Madura)
11.     Mohamad Saleeh Rahamad (Malaysia)
12.    Shantined (Kalimantan Timur)
13.    Idris Pasaribu (Medan)

Disediakan oleh : Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)
Setiausaha Agung PENA
017-3427991


Jumaat (20 November)

PENDAFTARAN
9 pagi hingga 12 tengah hari
@ DBP

FORUM PENYAIR: PUISI MANCANEGARA
2.30 hingga 4.30 petang
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Shahidan
* Malaysia: Malim Ghozali Pk dan Abizai Abi
* Indonesia: Ahmadun Yosi Herfanda
* Brunei Darussalam: Sheikh Mansor
* Thailand: Abdul Razak Panaemale
* Singapura: Djamal Tukimin

MAJLIS PERASMIAN
8.45 hingga 11 malam
@ DBP

* Ucapan sambutan: Presiden Pena, Pengerusi Lembaga ITNM, Ketua Pengarah JKKN
* Ucapan perasmian: Ketua Pengarah DBP
* Pelancaran antologi puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
* Deklamasi puisi, persembahan tradisional dan lagu rakyat

Sabtu (21 November)

SEMINAR
8.30 pagi hingga 2.30 petang
@ DBP

* Ucap Utama oleh Sasterawan Negara (SN) Prof Dr Muhammad Haji Salleh

* Pembentangan kertas kerja
* Malaysia: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Jasni Matlani
* Indonesia: Maman S Mahayana
* Singapura: Rasiah Halil

BACA PUISI MENARA KUALA LUMPUR
2.30 hingga 6.30 petang
@ Menara Kuala Lumpur

MALAM BACA PUISI
8.30 hingga 10.30 malam
@ Rumah Pena

Ahad (22 November)

PERSIDANGAN PENYAIR: KERJASAMA PENYAIR DALAM MENGATASKAN SUARA KEMANUSIAAN
8.30 hingga 10.30 pagi
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Saleeh Rahamad

MAJLIS PENUTUP
10.45 hingga 1.30 tengah hari
@ DBP

* Ucapan Pengarah PPN3
* Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

Tags: , ,

Salam Perempuan Dari Penjara

Posted in puisi moden on June 24th, 2009 by bayan

Saya dalam usaha menulis puisi pelbagai tema. bahan bacaan yang saya pilih tentunya buku-buku puisi penulis dan penyair yang mapan seperti zurinah Hassan, Lim Swee Tin, Rahman Shaari, Amir Hamzah, Chairil Anwar dan beberapa penulis puisi lain yang baru dan lama.

Puisi prosaik amat saya gemari. Mungkin kerana puisi jenis ini mudah difahami walaupun punya konotasi yang pelbagai. Selain prosaik, terdapat beberapa jenis puisi yang lain yang sering digunapakai oleh penulis puisi di negara ini mahupun di luar negara.

Saya punya sebuah buku lama yang dibeli semasa menuntut di universiti dahulu. Tajuknya, “Bila Kita Berbicara” - Antologi Puisi Anggota keluarga Universiti Malaya. Himpunan puisi-puisi Obeidellah Haji Omar, Jihady Abadi, Nik A. Rashid, A. Wahab Ali, Goh Then Chye, Raja Mukhtaruddin Dain, Dharmawijaya, Abdullah Tahir, A.M. Thani, Zurinah Hassan, dan ramai lagi.

Saya terpesona dengan sajak Zurinah Hassan yang bertajuk Salam Perempuan Dari Penjara.

Seorang Zurinah di kamar saudara-saudara perempuannya
Ia tidak berani keluar lagi
Ke padang yang melambainya
di sini ia biasa memiliki apa sahaja
kecuali dirinya sendiri

Ia mahu berkata
tetapi tidak punya suara
kerana bahasa seorang wanita
telah menjadi merbahaya

Lalu ditawarkan puisi-puisi sumbang
dari kurungan
terlalu banyak yang minta disempurnakan
sebelum angin petang turun
meleraikan mawar di meja
sebelumbayang-bayang terakhir
berlalu dari jendela
sebelum senja menyuramkan
garis-garis di kaca
garis-garis di muka

Ia dan saudara-saudara perempuannya
dalam perarakan menuju hari mati
sedang ketakutan sudah lama
membunuh mereka.

Puisi ini memberi idea baru dalam fikiran saya dan bercadang mahu menumpahkannya dalam bentuk puisi juga. Jadinya, saya akan dituduh mencuri idea, atau ini sekadar proses interteks?

Tags: ,

Syair Bermelodi?

Posted in umum on November 27th, 2008 by bayan

Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional telah berlangsung dua hari lepas. Saya menghadirinya. Banyak isu puisi dibentangkan.

Saya tertarik dengan pembentangan kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim, Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid dan Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad. Mereka memperkatakan tentang Penemuan Repertoir Melodi Syair Melayu : Satu Paradigma Baru Dalam Pembangunan Puisi Melayu Tradisional dan Prosodi dan Syair Melayu : Perspektif Baharu dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Melalui kajian yang mereka lakukan di dapati pengajaran puisi berbentuk syair lebih berkesan jika disampaikan dalam bentuk melodi. Sebanyak 13 melodi dikenalpasti boleh diaplikasikan dalam menyampaikan puisi syair ini.

Antara melodi yang dikenalpasti ialah Meodi Siti Zubaidah, Melodi Dakwah, Melodi Pekan Baru, Melodi Istana, Melodi Perantau dan beberapa melodi lagi yang diperoleh melalui kembara mereka di seluruh Malaysia.

Pemakaian melodi pada bahagian pengenalan syair ini dikatakan boleh membangkitkan semangat dan mencipta kelainan agar pelajar lebih menghayati syair yang didendangkan.

Selain itu pemakaian melodi juga boleh memberi kefahaman yang lebih baik kerana melodi yang digunakan mewakili perasan sedih, gembira, pilu, semangat juang dan sebagainya.

Namun, banyak pihak terutama guru-guru menyangkal kaedah syair melodi ini kerana ia dikatakan tidak praktikal untuk pelajar sekolah. Tempoh masa pengajaran bahasa Melayu KOMSAS tidak mencukupi untuk mereka berdendang melodi dengan syair yang diajarkan.

Pelajar yang ‘exam oriented’ pula akan lebih mementingkan aspek tema, jalan cerita, jenis dan ciri pembentukan syair yang akan ditanya di dalam peperiksaan kelak. Hal-hal melodi yang boleh membangkitkan kefahaman mereka tentang keindahan dan isi kandungan syair selalunya dipandang ringan kerana hal itu tidak akan ditanyakan di dalam peperiksaan.

Selain itu, seorang guru juga berpendapat pemakaian melodi menghilangkan ciri-ciri utama syair. Jika syair dimelodikan, kita tidak dapat mengenalpasti sama ada yang didendangkan itu syair, atau puisi yang lainnya seperti gurindam, nazam dan seloka.

Saya tidak rasa hal ini mustahil diajarkan di sekolah jika kena dengan caranya. Ya, tugas guru ialah memberi kefahaman kepada pelajar agar pelajar mampu menjawab dengan baik di dalam peperiksaan. Namun, tanggungjawab memahamkan pelajar akan seni budaya bangsanya jangan sesekali diabaikan.

Jika kajian ini siap dilaksanakan, saya percaya pembelajaran syair akan lebih beerti dengan syarat ada satu tatacara pemakaian melodi ini diajarkan sepenuhnya kepada guru-guru yang akan mengajar sastera di sekolah.

Apapun, semoga syair tidak kehilangan nilai dan tidak dilupakan oleh generasi akan datang kerana ia mengandungi jatidiri dan kebijaksanaan masyarakat Melayu zaman dahulu.

Tags: , , ,

Air Pasang Dalam…

Posted in lagu klasik on September 20th, 2008 by bayan

 air.jpg

Ibu beri gambaran nilai kita, budaya kita. Hanya nyanyian atau amanat yang tersimpan?

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.

Lagu untuk mendodoikan anak-anak ini bukan sekadar selingan telinga agar si anak lena di dalam pelukan atau buaian. Ia mengandungi makna. Tersirat dan tersurat. Nilai diri, bangsa, dan juga budaya. mampukah kita mentafsirkannya?

Melihat bait-bait ayat, saya percaya, ada amanat dan nasihat untuk direnungi. Masyarakat yang rajin, masyarakat yang menjatuhkan bangsanya sendiri dan masyarakat yang berputar di bawah tempurug. Ada pendapat lain?

 

Tags: , , , , ,

Pantun Kita

Posted in umum on July 21st, 2008 by bayan

dsc_1985.JPG

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun yang indah untuk makna yang tersembunyi pelbagai nilai. Pantun ini telah ditanyakan maksudnya oleh saudara Fahd Razy, seorang penyair dan penyajak yang mula menempa nama di Malaysia.

Persoalan pantun yang ringkas tetapi mengandungi maksud tersendiri di utarakan semasa saya bertanya tentang penggunaan gaya bahasa oleh penulis karya kreatif yang kadangkala tidak dapat difahami sepenuhnya oleh pembaca.

Ya, penulis dengan gaya bahasa tersendiri mencipta kelainan dan keegoan.

Apa agaknya maksud rangkap pantun di atas?

Tags: , , , ,